Wannura Anatomi

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

Posts Tagged ‘alat sulit’

Faraj dan anatomi faraj

Posted by zainura66 di 11 November 2012

Apa itu Faraj ?

Faraj adalah dari perkataan Arab bererti kemaluan hadapan bagi wanita yang dikenali juga sebagai qubul. Ia juga disebut vagina dalam bahasa Inggeris dan terdapat juga nama-nama yang lain mengikut bangsa yang berlainan . Faraj merupakan alat kelamin (alat sulit) bagi orang perempuan yang mempunyai berbagai fungsi di dalam kehidupan seharian mereka.

Faraj atau Vagina ialah merupakan satu saluran otot nipis yang disambung dari serviks hingga ke bahagian luar tubuh badan orang perempuan. Ia biasanya di antara enam hingga tujuh inci panjang, dan dindingnya diselaputi oleh lapisan mukus . Ia mempunyai dua struktur “vaultlike” ; bahagian depan (anterior vaginal fornix) dan bahagian belakang (posterior vaginal fornix) . Bahagian serviksnya agak menonjol ke depan di zon vagina serta melalui satu lubang kecil di mana ia adalah merupakan laluan atau jalan bagi sperma menuju ke bahagian organ-organ reproduksi dalaman. Faraj juga terdiri dari beberapa kelenjar halus bagi merembeskan cairan darinya

“Vagina” berasal dari perkataan Latin yang bermaksud ‘ selubung atau sarung’ (a sheath or scabbard); yang mana ia menjadi ‘sarung’ bila mana zakar atau penis (sword) ditusukkan. Seperti ‘lambang’ di antara percintaan dan peperangan yang mana telah tertanam di minda kita sejak berzaman.

Istilah dari Wikipedia

Faraj (فرج dari bahasa Arab, bermaksud “kembang”, “diluaskan”) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah “faraj” sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.

Anatomi faraj dan fungsinya :

Istilah-istilah penting pada bahagian luar faraj dan dalam faraj perlu diketahui oleh setiap orang sebagai asas bagi mengetahui cara rawatan sekiranya mengalami sebarang masalah tentang faraj seperti kecederaan atau mengalami sebarang penyakit yang berkaitan dengannya. Terdapat dua bahagian iaitu Faraj Luar dan Faraj Dalam. Baca baki entri ini »

Posted in Uncategorized | Di tag: , | 3 Comments »