Wannura Anatomi

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

Archive for Ogos 2015

Anatomi sistem reproduksi wanita

Posted by zainura66 di 4 Ogos 2015

sistem reproduksi wanita

Apakah organ pelvik wanita ?

Organ-organ dan struktur pelvik wanita adalah :

Endometrium Ini adalah lapisan dinding (lining) uterus

Uterus (dikenali juga sebagai Rahim) Uterus adalah organ berbentuk pear yang berongga terletak di bahagian perut bawah wanita di antara pundi kencing dengan rektum. Uterus melapisi dindingnya pada setiap bulan ketika haid hadir, kecuali telur (ovum) yang matang telah terbenam dan diikuti dengan kehamilan.

Ovari. Sepasang organ reproduksi wanita terletak di bahagian pelvik ini di mana sel-sel telur (ova) membangun (develop) dan disimpan serta hormon-horman seks wanita iaitu estrogen dan progesterone dihasilkan.

Serviks (dipanggil juga Leher/ Pangkal Rahim). Bahagian uterus paling bawah serta sempit yang terletak di antara pundi kencing dan rektum membentuk terowong yang membuka di dalam faraj.

Vagina (dipanggil juga lubang Faraj) Ini merupakan laluan bagi cairan tubuh badan ketika kehadiran darah kotor (haid) keluar. Atau tusukan zakar ketika bersenggama.

Tiub Falopian. Sepasang tiub nipis yang bersambung dari kedua-dua belah uterus menuju ke ovari sebagai laluan telur (ovum) dan sperma lelaki.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »