Wannura Anatomi

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

Mulut dan Lidah serta anatominya

Posted by zainura66 di 10 Oktober 2012

Anatomi Mulut

Mulut merupakan jalan masuk sistem pencernaan berisi organ assesoris berfungsi dalam proses awal pencernaan. Rongga vestibulum terletak antara gigi, bibir dan pipi sebagai batas luarnya. Rongga oral utama, dibatasi gigi dan gusi bahagian depan, palatum lunak dan keras di bahagian atas, lidah di bahagian bawah dan orofaring bahagian belakang.

Bibir ; tersusun dari otot rangka (orbikularis mulut) dan jaringan ikat.

Fungsi; Permukaan luar bibir di lapisi kulit mengandungi folikel rambut, kelenjar keringat (peluh) serta kelenjar subasea. Area transisional, memiliki epidermis transparen (nipis/ lutsinar). Permukaan dalam bibir adalah membran mukosa.

Pipi, mengandung otot buksinator mastikasi.

Lidah, dilekatkan pada dasar mulut oleh frenulum lingua. Berfungsi untuk menggerakkan makanan semasa dikunyah atau ditelan, untuk pengecapan (rasa) dan produksi wicara.

1. Otot extrinsik, lidah berawal pada tulang dan jaringan di luar lidah berfungsi dalam pergerakan lidah secara keseluruhan

2. Otot intrinsik lidah memiliki serabut yang menghadapi pelbagai arah untuk membentuk sudut satu sama lain.

3. Papila adalah elevasi jaringan mukosa dan jaringan ikat pada permukaan dasar lidah

4. Tonsil lingua adalah agregasi jaringan limfoid pada sepertiiga bahagian belakang lidah. Gigi tersusun dari pundi (alvioli) pada mandibula dan maksila

Anatomi gigi

Manusia memiliki dua susunan gigi iaitu :

a. Gigi primer (desiduous, gigi susu), dimulai dari ruang di antara dua gigi depan iaitu 2 gigi kacip, 1 gigi taring, 2 gigi geraham (mollar) 20 biji gigi

b. Gigi sekunder (gigi kekal), mulai keluar pada usia 5 – 6 tahun iaitu 2 gigi kacip, 1 gigi taring, 2 gigi premolar dan 3 gigi geraham (trikupid 32 biji gigi

Komponen gigi.

a. Mahkota (crown) – bahagian gigi yang terlihat
b. Gingiva (gusi) – mahkota dan akar bertemu pada leher
c. Membran peridontal merupakan jaringan ikat yang melapisi pundi alviolar dan melekat pada sementum di akar.
d. Rongga pulpa dalam mahkota melebar ke dalam saluran akar, saluran akar membuka ke tulang melalui foramenapikale.

Dentin menyelubungi rongga pulpa dan membentuk bahagian terbesar gigi. Dentin pada bahagian mahkota tertutup oleh enamel dan bahagian akar oleh sementum.

Fungsi gigi ;

sebagai proses mastikasi (pengunyahan) makanan yang masuk ke dalam mulut; di potong menjadi bahagian kecil dan bercampur saliva (air liur) membentuk bolus makanan yang dapat ditelan.

Kelenjar ludah (saliva)

Kelenjer ludah (saliva) disekresi ke dalam rongga mulut (oral). Saliva terdiri dari cairan encer yang mengandung enzim dan cairan kental mengandungi mukus. Kelenjar saliva terdiri atas 3 (tiga) pasang:

1. Kelenjar parotid; merupakan kelenjar saliva terbesar, terletak agak kebawah di depan telinga dan membuka melalui duktus parotid (stenser) menuju suatu elevasi kecil (papila) yang terletak berhadapan dengan gigi molar kedua pada kedua sisi.

2. Kelenjar submaksilaris (submandibularis); terletak di permukaan dalam pada mandibula, membuka melalui ductus wharfar menuju dasar mulut pada kedua sisi frenulum lingua

3. Kelenjar sublingua; terletak di dasar mulut dan membuka melalui duktus sublingua kecil menuju ke dasar mulut.

Komposisi kelenjar saliva (air liur), terdiri daripada :

sekresi serosa iaitu 98 % air dan mengandungi enzim amilase serta jenis ion (natrium, klorida, bikarbonat dan kalium) 
sekresi mukus, lebih kental dan sedikit mengandungi gliko protein, ion dan air .

Fungsi saliva (kelenjar air liur) :-

1. melarutkan makanan secara kimia untuk pengecapan rasa.
2. melembabkan dan melumatkan makanan.
3. amilase pada saliva, menguraikan zat tepung menjadi polisakarida dan maltosa.
4. zat buangan, seperti asam urat dan urea dan zat lain seperti ubat, virus dan logam diekresi ke dalam saliva.
5. zat anti bakteri dan antibodi berfungsi untuk membersihkan rongga mulut dan memelihara kesihatan oral serta mencegah kerosakan gigi.

Kendali saraf 

1. Aliran saliva dapat di pacu melalui stimulus psikis (fikiran akan makanan), mekanis (keberadaan makanan),kimiawi (jenis makanan).

2. Stimulus di bawa melalui serabut aferent saraf kranial menuju nuklei salivatory inferior dan superior dalam medula. Semua kelenjar saliva di persarafi serabut simpatik dan parasimpatik.

3. Volume dan komposisi saliva, sesuai jenis stimulus dan jenis inervasinya.
a. Stimulus parasimpatik – vasodilatasi pembuluh darah dan sekresi serosa
b. Stimulus simpatik – vasokontriksi pembuluh darah – sekresi mukus lebih kental dan lengket

Lidah

Lidah adalah alat indera yang peka terhadap rangsangan berupa zat kimia larutan. Lidah memiliki otot yang tebal, permukaannya dilindungi oleh lendir dan penuh dengan bintil-bintil. Kita dapat merasakan rasa pada lidah kerana terdapat reseptor yang dapat menerima rangsangan.

Reseptor itu adalah vavila pengecap atau kuncup pengecap. Kuncup pengecap merupakan kumpulan hujung-hujung saraf yang terdapat pada bintil-bintil lidah. Tidak semua bahagian lidah peka terhadap zat kimia dan daerahnya juga khusus untuk rasa tertentu. Pada saat kita makan sambal, kita sering merasakan kepedasan. Rasa pedas bukan hasil dari kepekaan rasa pada kuncup pengecap. Tetapi merupakan suhu panas pada papilla sehingga mengembang dan menyebabkan timbulnya rasa pedas. Gangguan pada lidah boleh di sebabkan oleh makan atau minum sesuatu yang bersuhu terlalu tinggi (sangat panas) dan terlalu rendah (sangat sejuk) sehingga lidah ‘mati rasa’. Gangguan ini hanya bersifat sementara.Gangguan yang bersifat kekal misalnya terjadi pada orang yang mengalami trauma pada bahagian tertentu pada otak. Pada lidah juga sering terjadi iritasi (jangkitan) kerana luka atau kekurangan vitamin C.

2 Respons to “Mulut dan Lidah serta anatominya”

  1. aku said

    salam aku mau nanya.batas antara mulut dengan bibir di mana?aku nanya sebab aku was was telan air liur di waktu puasa di mana aku baca air liur antara dua bibir jika ditelan batal puasa.aku ragu dan kerap batalin puasa akibat telan air liur di bibir sampai aku tidak banyak bicara ketika aku puasa.
    aku perlu qada lagi 29 hr dan separuh dari hari tu disebabkn batal kerana air liur.bantu aku

  2. […] 5. PIPI DAN BIBIR […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: