STRUKTUR PARU-PARU MANUSIA DAN FUNGSINYA
Posted by Wannura di 16 Jun 2019
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Anatomi sistem reproduksi wanita
Posted by Wannura di 4 Ogos 2015
Apakah organ pelvik wanita ?
Organ-organ dan struktur pelvik wanita adalah :
Endometrium Ini adalah lapisan dinding (lining) uterus
Uterus (dikenali juga sebagai Rahim) Uterus adalah organ berbentuk pear yang berongga terletak di bahagian perut bawah wanita di antara pundi kencing dengan rektum. Uterus melapisi dindingnya pada setiap bulan ketika haid hadir, kecuali telur (ovum) yang matang telah terbenam dan diikuti dengan kehamilan.
Ovari. Sepasang organ reproduksi wanita terletak di bahagian pelvik ini di mana sel-sel telur (ova) membangun (develop) dan disimpan serta hormon-horman seks wanita iaitu estrogen dan progesterone dihasilkan.
Serviks (dipanggil juga Leher/ Pangkal Rahim). Bahagian uterus paling bawah serta sempit yang terletak di antara pundi kencing dan rektum membentuk terowong yang membuka di dalam faraj.
Vagina (dipanggil juga lubang Faraj) Ini merupakan laluan bagi cairan tubuh badan ketika kehadiran darah kotor (haid) keluar. Atau tusukan zakar ketika bersenggama.
Tiub Falopian. Sepasang tiub nipis yang bersambung dari kedua-dua belah uterus menuju ke ovari sebagai laluan telur (ovum) dan sperma lelaki.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
G-Spot (Titik G)
Posted by Wannura di 8 Ogos 2014
Apa itu G-Spot (Titik G) ?
Titik G atau titik Grafenberg (bahasa Inggeris: G-spot) juga kadangkala dipanggil lelangit faraj adalah satu kawasan yang boleh ditemui dibelakang tulang pubik wanita. Ia sebahagian dari span uretra. Sesetengah orang percaya ia adalah saraf dalam sistem pembiakan wanita. Jika titik G terangsang ketika hubungan seks, ia akan menyebabkan sensasi kenikmatan seperti puncak syahwat dan pancutan mani perempuan. (Definisi oleh Wikipedia)
Ia juga dikatakan satu titik atau daerah sensitif yang terletak di vagina bahagian dalam antara tulang belakang kemaluan dan leher rahim. Mengikut sejarahnya, Dr. Ernest Grafenberg yang memperkenalkan titik ini buat pertama kali di dalam bukunya The G-Spot and Other Recent Discoveries About Human Sexuality yang diterbitkan pada tahun 1980. Menurut beliau, seorang wanita akan mengalami orgasme ketika titik G ini diransang secara intensif. Jenis orgasme yang dialami disebut orgasme vaginal atau G-Spot orgasme yang dapat membuat wanita menyemburkan cairan dari urethranya di saat orgasme. Peristiwa ini disebut juga Female Ejaculation atau Squirt.
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
Dartos
Posted by Wannura di 17 Februari 2013
Anda tahu apa itu ‘Dartos‘ ? Untuk mengetahui apa itu Dartos , bacalah seterusnya ….
KULIT lapisan kerandut buah zakar adalah kulit yang tipis, lembut dan mengandungi pembuluh darah yang banyak serta lapisan otot lembut digelar ‘Dartos’. Apabila otot lembut mencengkam, kerandut buah zakar mengecut dan menjadi padat.
Otot dartos
Otot dartos merupakan di antara otot yang yang terdapat di buah zakar yang membatasi antara skrotum kanan dan kiri. Otot dartos berfungsi untuk menggerakkan skrotum untuk mengecut dan mengendur. Skrotum memiliki ransangan terhadap udara yang panas mahu pun dingin. Pada saat udara panas . tali (otot) yang mengikat skrotum akan mengendur untuk membiarkannya turun lebih jauh dari tubuh.
Sebaliknya apabila udara dingin maka tali (otot) tersebut akan menarik skrotum mendekati tubuh sehingga akan tetap hangat. Hal ini dilakukan untuk menunjang fungsi dari testis.
Rujukan : http://budisma.web.id
Posted in Uncategorized | Di tag: buah zakar, skrotum | 2 Comments »
Faraj dan anatomi faraj
Posted by Wannura di 11 November 2012
Apa itu Faraj ?
Faraj adalah dari perkataan Arab bererti kemaluan hadapan bagi wanita yang dikenali juga sebagai qubul. Ia juga disebut vagina dalam bahasa Inggeris dan terdapat juga nama-nama yang lain mengikut bangsa yang berlainan . Faraj merupakan alat kelamin (alat sulit) bagi orang perempuan yang mempunyai berbagai fungsi di dalam kehidupan seharian mereka.
Faraj atau Vagina ialah merupakan satu saluran otot nipis yang disambung dari serviks hingga ke bahagian luar tubuh badan orang perempuan. Ia biasanya di antara enam hingga tujuh inci panjang, dan dindingnya diselaputi oleh lapisan mukus . Ia mempunyai dua struktur âvaultlikeâ ; bahagian depan (anterior vaginal fornix) dan bahagian belakang (posterior vaginal fornix) . Bahagian serviksnya agak menonjol ke depan di zon vagina serta melalui satu lubang kecil di mana ia adalah merupakan laluan atau jalan bagi sperma menuju ke bahagian organ-organ reproduksi dalaman. Faraj juga terdiri dari beberapa kelenjar halus bagi merembeskan cairan darinya
âVaginaâ berasal dari perkataan Latin yang bermaksud â selubung atau sarungâ (a sheath or scabbard); yang mana ia menjadi âsarungâ bila mana zakar atau penis (sword) ditusukkan. Seperti âlambangâ di antara percintaan dan peperangan yang mana telah tertanam di minda kita sejak berzaman.
Istilah dari Wikipedia
Faraj (Ù۱ۏ dari bahasa Arab, bermaksud “kembang”, “diluaskan”) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah “faraj” sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.
Anatomi faraj dan fungsinya :
Istilah-istilah penting pada bahagian luar faraj dan dalam faraj perlu diketahui oleh setiap orang sebagai asas bagi mengetahui cara rawatan sekiranya mengalami sebarang masalah tentang faraj seperti kecederaan atau mengalami sebarang penyakit yang berkaitan dengannya. Terdapat dua bahagian iaitu Faraj Luar dan Faraj Dalam. Baca baki entri ini »
Posted in Uncategorized | Di tag: alat kelamin, alat sulit | 3 Comments »
Zakar dan anatomi zakar
Posted by Wannura di 7 November 2012
Apakah itu zakar atau Penis ?
Zakar atau Penis adalah merupakan organ seksual atau kemaluan atau alat sulit bagi seorang lelaki untuk membuang air kecil dan persetubuhan seks (mengeluarkan air mani), yang terletak di bahagian bawah perut di antara kedua-dua pelikat kaki serta di dasar tulang pelvik. Ia kadang-kala di panggil batang, balak, pisang atau penis.
Apakah bahagian-bahagian yang ada pada zakar (penis) seorang lelaki? Bagaimana zakar anda membesar, meransang dan apakah fungsi di setiap zakar lelaki atau suami.
Pada sebatang zakar lelaki ada beberapa struktur kuasa yang memberi rangsangan apabila disentuh dan ianya juga akan memberikan keseronokan dan kenikmatan yang dapat dirasai oleh wanita. Antara bahagian yang terdapat di zakar lelaki ialah buah zakar, batang zakar, takuk zakar, kepala zakar, biji zakar, lubang zakar, gigi zakar, ekor pari dan urethra (saluran kencing).
Jika anda beranggapan bahawa zakar hanyalah sebatang daging yang berotot dan berkulit yang berisi darah ketika anda sedang tegang, maka pendapat tersebut adalah besar atau setidaknya pernyataan tersebut merupakan satu pandangan yang terlalu sederhana untuk mendefinisikan erti zakar, sedangkan mekanisme dari tegang itu amat kompleks dan menarik. Mari kita lihat dahulu struktur yang membangun zakar tersebut. Baca baki entri ini »
Posted in Uncategorized | Di tag: corpus spongiosum, kemaluan, persetubuhan, zakar lelaki | 21 Comments »
Fakta Kulit Ciptaan Allah SWT
Posted by Wannura di 7 November 2012
Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke-8 di Riyadh.
Dia telah mendapat hidayah apabila di ketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama di terangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.
Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?
Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).
Jadi kalau di akhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?
Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang bermaksud :
âSesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksanaâ. (An-Nisaaâ 4:56)
Posted in Uncategorized | 2 Comments »
Punggung dan anatomi punggung
Posted by Wannura di 19 Oktober 2012
Apa itu punggung ?
Punggung merupakan sepasang otot (daging) berbentuk bulat dari segi anatominya berada di bahagian belakang badan (pelvik) setiap manusia samada lelaki atau perempuan yang terletak di antara pinggang dengan paha.
Selain diberi nama punggung, ia juga disebut bontot, butt atau buttocks ( dalam Bahasa Inggeris ) dan ada juga yang memanggilnya âpantatâ. Ia terdiri dari jaringan-jaringan otot dan lapisan lemak yang bertindih di otot-otot âmaximus gluteusâ dan âgluteus mediusâ. Secara fisiologinya, punggung akan menanggung beban berat badan di bahagian kaki semasa kita duduk, kebanyakan budaya menggunakan punggung sebagai memainkan peranan dalam tarikan seksual, tumpuan sebagai sasaran bagi hukuman sebat yang selamat dan ia juga mempunyai berbagai-bagai fungsi yang lain akan dibincangkan nanti dalam entri yang akan datang.
Kelainan bentuk anatomi yang membezakan di antara punggung seorang lelaki dengan seorang wanita. Bahagian punggung (pelvis) wanita lebih cetek serta lebar berbanding punggung lelaki adalah untuk membolehkannya melahirkan anak. Baca baki entri ini »
Posted in Uncategorized | 2 Comments »