Wannura Anatomi

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

  • Log Masuk / Keluar

  • Jumlah Pengunjung

    • 152,780 hits
  • RSS Wannura Terapi

    • Gaya seks suami isteri untuk cepat hamil 5 September 2014
      Posisi seks ‘missionary’ adalah merupakan gaya yang biasa, bukanlah bermaksud ianya membosankan ! Namun ia merupakan posisi seks yang dikatakan terbaik bagi pasangan yang ingin dapatkan zuriat dengan cepat dan amat mudah dilakukan. Dalam posisi yang biasa, si suami dapat … Continue reading →
  • RSS Wannura Orkid

    • Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.)- orkid spesis 1 November 2012
      Orkid spesis Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.) yang tahan lasak mempunyai dua helai daun ini agak mudah ditemui di kawasan hutan yang mempunyai cuaca kering, tumbuh dari ketinggan aras laut hingga sekurang-kurangnya 800 meter. Ia mempunyai umbi semu atau pseudobulb yang sederhana besar, agak tebal dan berbentuk bersegi empat serta daunnya juga agak tebal s […]
  • RSS Wannura Herba

    • Asas Herbalisma 20 Julai 2010
      Herbalisma ialah satu bidang ilmu mengenai herba yang menyatakan “Jadikan makanan sebagai ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu”. Ini bermakna makanan berfungsi untuk memelihara kesihatan, mengelakkan penyakit kerana makanan membekalkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan dan hidup, untuk membesar dan membangun, untu […]
  • RSS Wannura Koleksi Tumbuhan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura Kristal

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rempah Ratus Wannura

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Pakcikli Dukun Asmara

    • Buku Dasar Hipnotis Sifuli 26 April 2014
      Keterangan lanjut sila layari atau klik di sini > http://hipnotissifuli.wordpress.com/ KATA PENERBIT Segala puji bagi Allah swt, tuhan semesta alam yang maha Pengasih dan Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat serta pengikutnya. Saya … Continue reading →

Punggung dan anatomi punggung

Posted by zainura66 di 19 Oktober 2012

Apa itu punggung ?

Punggung merupakan sepasang otot (daging) berbentuk bulat dari segi anatominya berada di bahagian belakang badan (pelvik) setiap manusia samada lelaki atau perempuan yang terletak di antara pinggang dengan paha.

Selain diberi nama punggung, ia juga disebut bontot, butt atau buttocks ( dalam Bahasa Inggeris ) dan ada juga yang memanggilnya ‘pantat’. Ia terdiri dari jaringan-jaringan otot dan lapisan lemak yang bertindih di otot-otot “maximus gluteus” dan “gluteus medius”. Secara fisiologinya, punggung akan menanggung beban berat badan di bahagian kaki semasa kita duduk, kebanyakan budaya menggunakan punggung sebagai memainkan peranan dalam tarikan seksual, tumpuan sebagai sasaran bagi hukuman sebat yang selamat dan ia juga mempunyai berbagai-bagai fungsi yang lain akan dibincangkan nanti dalam entri yang akan datang.

Kelainan bentuk anatomi yang membezakan di antara punggung seorang lelaki dengan seorang wanita. Bahagian punggung (pelvis) wanita lebih cetek serta lebar berbanding punggung lelaki adalah untuk membolehkannya melahirkan anak.

Apakah fungsi punggung ?

Punggung adalah merupakan bahagian penting bagi tubuh badan kita. Tanpa punggung kita tidak mungkin dapat berdiri, berjalan, berpusing, berundur, membongkok atau mengangkat.

Kita menggunakan punggung hampir setiap aktiviti seharian kita dalam kehidupan. Oleh itu, jika kita mengalami sengal punggung, maka jangan ambil ringan tentang masalah ini.

Punggung adalah sepasang otot atau daging pejal yang terletak di bahagian belakang tubuh badan di kawasan tulang pinggul atau pelvis yang terletak di antara pinggang dan paha.

Vertebra (ruas tulang belakang) yang memberikan fleksibeliti (kelenturan) pada punggung di mana berlapis di atasnya dan dihubungkan oleh cakera (disk) pada bahagian hadapan dan sendi faset pada bahagian belakang. Cakera (disk) yang memisahkan vertebra berfungsi sebagai pelapik (kusyen) dan bekerja sebagai anti-kejutan. Sendi faset (hanya terdapat pada punggung bahagian bawah) merupakan permukaan berbentuk cekungan yang membentuk sendi yang dapat bergerak dengan pinggul kita. Pada setiap vertebra, terdapat cabang-cabang saraf yang keluar menuju ke seluruh tubuh. Selain itu, ligamen yang kuat membantu menyatukan vertebra dan memperkuatkan punggung.

Sengal punggung

Sengal punggung bukanlah merupakan penyakit biasa. Ia adalah merupakan gejala yang menandakan bahawa terdapat sesuatu masalah kesihatan. Bila ditangani dengan segera dan tepat, sengal punggung dapat sembuh dalam masa yang singkat .

Apakah sengal itu ?

Kita semua mengetahui apa makna sengal bagi kita, namun agak sukar untuk menjelaskannya kepada orang lain. Sengal dapat dijelaskan secara ringkas sebagai situasi yang tidak menyenangkan bila kita pernah mengalami kecederaan atau kerosakan pada tubuh kita. Sengal boleh terasa sakit, panas, gementar, kebas, lenguh, terasa seprti terbakar, tertusuk atau ditikam.


Mengapa sengal menjadi suatu masalah ?

Sengal , menjadi suatu masalah bila ia mempengaruhi cara kita menjalani kehidupan. Hal ini biasa terjadi kerana sengal boleh berlarutan dalam waktu yang lama atau menjadi kronik jika dibiarkan .

Apa yang dikatakan sengal punggung itu ?

Sebenarnya banyak keluhan sengal punggung yang dialami oleh kaum wanita terutamanya pada waktu pagi bila bangun dari tidur.

Adakah anda juga pernah merasakan hal yang sama seperti ini ? Keluhan ini biasanya paling sering dirasakan oleh orang yang telah lanjut usia, namun kini perempuan remaja dan dewasa juga ada yang mengalami masalah ini.

Jika ini berlaku, sebenarnya sakit pada punggung adalah disebabkan oleh sengal otot punggung dan mungkin masalah tulang belakang itu sendiri, saraf atau adanya jangkitan di antara penyebab yang lain.

Jadi punggung itu terdiri dari tulang belakang atau tulang punggung dan juga otot punggung yang berfungsi untuk menggerakkan tulang punggung tadi. Sedangkan tulang punggung sendiri mempunyai fungsi untuk menahan badan sehingga dalam posisi tegak, selain itu tulang ini juga untuk menyanggah rongga dada serta melindungi saraf yang berada di sekelilingnya.

Kepala dan badan kita mempunyai berat mencapai 50% dari keseluruhan berat badan dan ini semua disokong oleh otot tadi. Jadi misalnya kita sedang melakukan aktiviti yang mengangkat kepala dan badan dengan waktu agak lama misalnya 2 jam lebih, contohnya jika kita duduk tanpa bersandar selama 3 jam, maka ini akan menyebabkan otot bekerja lebih keras dan inilah yang akan menimbulkan sengal otot nanti.

Selain otot di atas ada beberapa penyebab sengal punggung yang lain iaitu :
 
1. Kelainan bentuk tulang punggung seperti tulang punggung yang bengkok, seperti skoliosis, lordosis atau kyposis, ini biasanya berasal dari kelainan genetik.
 
2. Penyebab sengal punggung yang ini disebabkan kerana faktor individu itu sendiri iaitu kegemukan sehingga beban tulang punggung untuk menahan badan menjadi berat.
 
3. Mengangkat benda berat secara berulang-ulang dan berlebihan, kerana itu perlu diperhatikan bagaimana caranya agar tulang punggung tetap aman.
 
 
Kemudian pada orang tua juga perlu diperhatikan adanya proses penuaan/ degeneratif pada semua organ termasuk tulang dan otot punggung tadi. Biasanya pada orang tua banyak sekali kes sengal punggung akibat penurunan fungsi dari bantalan tulang punggung atau Disc intervertebralis .
 
Normalnya disc ini berfungsi untuk meredam beban atau sebagai bantalan tulang punggung, tetapi pada orang tua akan mengalami penurunan fungsi akibat berkurangnya kemampuan disc tadi untuk menyerap air.
 
Akhirnya disc tadi akan menipis dan akan menonjol akibat beban tulang punggung sehingga akan menyepit saraf yang berada di sekitarnya, hal ini yang banyak menjadi penyebab sengal punggung pada orang tua.
 
Penyebab sengal punggung yang lain iaitu kesan tempat tidur yang digunakan terlalu nipis atau terlalu keras yang akan membuat bentuk tulang punggung akan berubah serta keseimbangan otot juga terganggu.

Bagaimana penyelesaian jangka pendeknya?
 
Sebaiknya pada orang lanjut usia harus memperbanyak olah raga, kerana dengan olah raga ini akan dapat meningkatkan daya tahan tubuh serta menghindarkan dari kemungkinan penyakit degeneratif yang timbul.
 
Tidak semua olah raga sesuai bagi mereka, berjalan cepat dengan kecepatan disesuaikan dengan kemampuan adalah agak sesuai untuk orang yang lanjut usia, bila olah raga ini dijalankan secara teratur, maka akan membuat otot punggung menjadi kuat dan akan membuat punggung menjadi stabil, kemudian olah raga lain yang sesuai adalah senam, khususnya gerakan yang banyak melibatkan otot punggung.
 
Sedangkan untuk para remaja dan dewasa keluhan seperti ini lebih banyak diakibatkan oleh kerana otot punggung, jadi cara penyelesaiannya dengan memperbanyak olah raga, bila kesakitan belum reda, sebaiknya segera berjumpa doktor, sebab keluhan itu boleh jadi bukan masalah punggung tetapi dikhuatiri adanya masalah lain.
 

Satu Respons to “Punggung dan anatomi punggung”

  1. Amirul said

    Info menarik.. boleh tak sertakan anatomi lubang punggong atau anus

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: