Wannura Anatomi

TERAPI KESIHATAN ALAMIAH

  • Log Masuk / Keluar

  • Jumlah Pengunjung

    • 150,591 hits
  • RSS Wannura Terapi

    • Anda tahu bagaimana proses kehamilan berlaku ? 22 Ogos 2014
      Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu di mana ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vagina wanita dan rahim. Selain itu sperma yang selamat sampai … Continue reading →
  • RSS Wannura Orkid

    • Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.)- orkid spesis 1 November 2012
      Orkid spesis Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.) yang tahan lasak mempunyai dua helai daun ini agak mudah ditemui di kawasan hutan yang mempunyai cuaca kering, tumbuh dari ketinggan aras laut hingga sekurang-kurangnya 800 meter. Ia mempunyai umbi semu atau pseudobulb yang sederhana besar, agak tebal dan berbentuk bersegi empat serta daunnya juga agak tebal s […]
  • RSS Wannura Herba

    • Asas Herbalisma 20 Julai 2010
      Herbalisma ialah satu bidang ilmu mengenai herba yang menyatakan “Jadikan makanan sebagai ubatmu dan biarkan ubat menjadi makananmu”. Ini bermakna makanan berfungsi untuk memelihara kesihatan, mengelakkan penyakit kerana makanan membekalkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan oleh badan untuk mengekalkan kesihatan dan hidup, untuk membesar dan membangun, untu […]
  • RSS Wannura Koleksi Tumbuhan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura Kristal

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rempah Ratus Wannura

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Pakcikli Dukun Asmara

    • Buku Dasar Hipnotis Sifuli 26 April 2014
      Keterangan lanjut sila layari atau klik di sini > http://hipnotissifuli.wordpress.com/ KATA PENERBIT Segala puji bagi Allah swt, tuhan semesta alam yang maha Pengasih dan Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarga, sahabat serta pengikutnya. Saya … Continue reading →

Anatomi dalam Islam

Posted by zainura66 di 20 Julai 2010

01. Definisi Anatomi :

1- kajian @ pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan ( manusia,binatang @ tumbuh-tumbuhan ), kaji bina tubuh ( Kamus Dewan, Edisi Keempat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 52 )

2- ilmu yang mengkaji berkenaan sesuatu komponen anggota tubuh ( al-Mu’jam al-Wasit, Cetakan Kedua, tahun 1972, al-Maktabah al-Islamiyyah, halaman 478 – rujuk التشريح )

3- ilmu berkenaan struktur haiwan @ tumbuhan ( Pocket Oxford Dictionary – comp. version, key word : anatomy )

4- ilmu yang mengajar berkenaan komponen anggota tubuh makhluk-makhluk hidup secara am ( samada tumbuhan, haiwan dan manusia ); dan kebiasaannya dengan membedah tubuh manusia selepas kematiannya (autopsi ). Autopsi ini dilaksanakan sama ada untuk pendidikan, atau untuk mengetahui perkara yang menyebabkan kematian, atau untuk memastikan kematian disebabkan jenayah atau tidak. ( rujuk halaman 199 , al-Mausu’ah at-Tibbiyyah al-Fiqhiyyah )

Kesimpulan Umum : Anatomi adalah segala yang berkaitan dengan tubuh atau organ tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuhan samada dengan mengetahui lokasi organ dalam badan dan hubungannya dengan organ penting yang lain ( seperti saraf dan salur darah ). Ilmu yang sangat penting dalam pembedahan. Ilmu ini adalah lebih umum dari fisiologi yang hanya membincangkan organ tertentu sahaja.

* Ilmu-ilmu berkaitan dengan Anatomi :

Anatomi adalah satu cabang ilmu yang luas. Ilmu ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ilmu Fisiologi, Autopsi. Malah ia juga merupakan satu ilmu yang wajib dikuasai oleh doktor bedah.

02. Perkaitan Anatomi & Islam ( Kenapa Anda Perlu Tahu Ilmu Ini ?! ):

1 – Merupakan salah satu ilmu. Umat Islam dituntut menuntut ilmu untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah.

2 – Hukum Anatomi :- Ilmu ini tidak dibincangkan ulamak Islam yang terdahulu tambahan pula perbuatan seumpama ini ( autopsi ) yang dianggap berdosa berdasarkan hadith Nabi Muhammad – صلى الله عليه و سلم – yang berbunyi : كسر عظم الميت ككسره حيا ( hadith Hasan , rujuk al-Jami’ as-Soghir juzuk 4 ). Namun terdapat beberapa bentuk perbuatan yang mirip autopsi dibenarkan seperti mengeluarkan bayi dari perut ibu yang mati, atau mengeluarkan harta milik orang lain dalam perut si mati dan seumpamanya. Berdasarkan kepada ini, maka ulamak kontemporari bermula dengan Syeikh al-Azhar al-‘Allamah Ahmad bin Abdul Mun’im ( wafat 1192 H ) telah membenarkan autopsi ini demi maslahah yang lebih besar. Antara pihak yang turut membenarkannya adalah keputusan al-Lajnah ad-Daimah lil Buhuth ‘Ilmiyyah wal Ifta’ di Arab Saudi pada 1976 M , seterusnya Fatwa Hai’ah Kibar ‘Ulama’ kali ke-9 di Arab Saudi pada 1396 H , dan Fatwa Majma’ Fiqhi di bawah ar-Rabitoh al-‘Alam al-Islami kali ke-10 pada 1408 H. Menurut Majma’ Fiqhi ini ia dibenarkan dengan syarat diyakini bahawa si mati benar-benar mati, ada dhorurah yang memerlukan ia dilakukan, persetujuan si mati sebelum mati atau pihak yang berkenaan dengan si mati ( namun jika autopsi untuk kes jenayah, boleh dijalankan walaupun tanpa kebenaran ), tidak dibolehkan bermain-main dengan mayat, dan mayat perlu dikumpulkan dan dikebumikan mengikut adabnya selepas selesai digunakan.

3 – Ilmu ini amat penting bagi doktor. Menurut az-Zahrawi dalam kitabnya at-Tasrif bahawasanya doktor yang bertanggungjawab dalam melakukan pembedahan perlulah menguasai ilmu anatomi sehingga dia mampu memahami manfaat setiap anggota, bentuknya dan kaitan antara satu sama lain. Malah bagi mereka yang tidak menguasai ilmu ini pasti tidak akan lepas dari kesilapan yang boleh membunuh nyawa pesakit yang dibedah. Selain itu, bagi pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen atau izin kepada pengamal perubatan seperti berbekam untuk menguasai ilmu ini supaya tidak menyebabkan pendarahan yang kronik akibat kesilapan dalam mengenal pasti kawasan dan anggota yang sepatutnya dielakkan ketika berbekam ( rujuk halaman 417 , al-Mausu’ah at-Tibbiyyah al-Fiqhiyyah ) & rujuk ayat 14 surah Fathir, ayat 59 surah al-Furqan

4 – Anatomi merupakan antara aplikasi dan tanda kebesaran Allah. Merupakan salah satu sudut I’jaz ‘Ilmi. Namun ini bukan menunjukkan bahawa kita hanya beriman setelah mengetahui fakta-fakta ini. Mukjizat al-Qur’an dan Hadith Baginda yang ditunjukkan melalui kajian ilmu anatomi merupakan bukti kebenaran agama Islam dan sesuai dijadikan hujah dan elemen dakwah terhadap golongan Kuffar khususnya di kalangan ahli ilmu .Rujuk ayat 18 surah Ali ‘Imran. ( Rujuk juga VCD al-‘I’jaz al-‘Ilmi : Syahadat ‘Ulama al-Ghorb oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani terbitan Makkah lil Barmajiyyat – Meccasoft ) . Bagi orang-orang yang beriman sewajarnya kita merenungi Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 111-115

5 – Dalil-dalil dari al-Qur’an jelas memerintahkan kita untuk memperhatikan kejadian diri manusia, haiwan dan tumbuhan. Ini jelas dinyatakan dalam ayat-ayat berikut :-

Surah al-Ghashiyyah , ayat 17

Surah al-Mulk , ayat 19

Surah at-Toriq , ayat 5- 7

Surah az-Zariat , ayat 21

Surah al-An’am, ayat 99

Surah ‘Abasa, ayat 24-32

Surah al-Baqarah, ayat 259

03. Sejarah Anatomi Islam :

1- Secara asasnya bagi Muslim , boleh dikatakan sejarah ilmu ini bermula sebaik sahaja al-Qur’an mula diturunkan kepada Nabi Muhammad – صلى الله عليه و سلم – namun hajat masyarakat ketika itu tidak menzahirkan lagi ilmu ini

2 – Terdapat beberapa ulamak Islam yang menulis secara khusus berkenaan anatomi antaranya Mansur b Muhammad b Ahmad b Yusuf b Ilyas yang menghasilkan sebuah karya yang dikenali sebagai ‘Mansur’s Anatomy’. Karya beliau menerangkan tentang 5 sistem tubuh; tulang,saraf,otot,saluran darah dan nadi. Setiap sistem disertakan dengan gambarajah. Selainnya, Abdul Latif al-Baghdadi ( wafat 629 H ) yang menulis tentang rahang dan tulang belakang. Hunain b Ishaq yang terkenal dengan kitab al-Masail fi at-Tibb juga antara ulamak Islam yang banyak menulis tentang anatomi di dalam kitabnya yang bertajuk Kitab al-Manazir. Beliau juga menulis 10 artikel panjang berkenaan anatomi yang dianggap sebagai penulisan anatomi Arab yang paling bersistematik.

3 – Pakar bedah Islam juga merupakan orang terawal yang menggunakan ubat pelali dalam pembedahan. Selain itu al-Majusi ( wafat 994 H ) dianggap sebagai ahli teori pertama dalam bidang anatomi dan fisiologi. Beliau juga orang pertama yang menggunakan sejenis bahan yang dipanggil (tourniquet ) untuk menghentikan pendarahan dalaman. Tidak ketinggalan Abu al-Qasim Kholaf bin al-Abbas yang dikenali sebagai al-Zahrawi ( meninggal 1013 H ) yang menulis ensiklopedia bertajuk at-Tasrif Li Man ‘Ajiza ‘an at-Ta’lif yang merangkumi obstetrik ( ilmu perubatan dan pembedahan bersalin ) , pediatrik ( ilmu kaji penyakit kanak-kanak ), perbidanan dan anatomi.

4 – Juga Ibn an-Nafis ( wafat 687 H ) yang mengkaji berkenaan peredaran darah dalam tubuh dan perincian berkenaan proses pembedahan malahan beliau juga bertanggungjawab dalam menetapkan kadar dan unit piawaian yang seragam bagi berat dan sukatan yang digunakan dalam pembedahan dan di farmasi. Beliau juga bertanggungjawab menjelaskan anatomi sebenar bagi paru-paru dan individu pertama yang mengetahui proses aliran darah ke jantung. Namun kajiannya tidak diketahui dan difahami ramai ketika itu sehinggalah 300 tahun kemudian apabila karyanya diterjemah ke bahasa Latin oleh Andrea Alpago pada 1547. Para saintis dan doktor ketika itu mengiktiraf dan mengakui kebenaran fakta yang dinyatakan beliau.

5 – Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa kajian anatomi telah mula dijalankan oleh saintis Greek sejak kurun 2 yang bernama Galen. Ini dibuktikan dengan lakaran struktur mata dan rahang. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa masyarakat Mesir di zaman Fir’aun adalah perintis kepada anatomi berdasarkan kepada mumia yang ditinggalkan.

Ringkasan Tokoh-tokoh Islam Yang Terkemuka dalam bidang Anatomi :

- Ibnu Sina : Abu ‘Ali al-Hasan bin Abdullah bin Sina ( meninggal 428 H ). Ahli falsafah dan doktor. Dilahirkan berhampiran dengan Bukhara. Belajar ilmu agama dan akal, dan menguasai bidang perubatan, falak, matematik dan falsafah sebelum berusia 20 tahun. Penulisannya menjangkau 200 buah dan yang paling terkenal adalah kitab al-Qanun fi at-Tibb yang ditulis dalam 5 juzuk yang merupakan manual asas para doktor sehingga 1650 M. Beliau perintis yang menggunakan ubat pelali bagi pesakit sebelum dibedah, dan beliau juga mendefinisikan beberapa jenis sakit dan tanda-tanda penyakit yang kronik ketika itu.

04. Beberapa Aspek dan Contoh Anatomi Islam :

Surah al-An’am ayat 95

Surah an-Nahl ayat 68-69

Surah an-Naml ayat 18

Surah al-An’am ayat 38

Surah an-Nur ayat 45

Surah Fathir ayat 27-28

Surah al-Baqarah ayat 22

Surah Yasiin ayat 36

Surah al-Hijr ayat 22

Surah al-Ahzab ayat 4

07. Rujukan & Panduan :

01. Laman Web ( Islamic_Medicine )

02. Tafsir Quran Karim, Prof Dr H Mahmud Yunus & Abd Wahab Saleh, cetakan 1, 1990, Klang Book Centre

03. الموسوعة الطبية الفقهية ، الدكتور أحمد محمد كنعان، الطبعة الأولى ، 2000 م ، دار النفائس

04. Majalah Bulanan : National Geographic , July 2006 , National Geographic Society, Washington

05. موسوعة الإعجاز العلمي في القرآن الكريم ، عبد الرحيم مار ديني، الطبعة الأولى، 2004-2005م، دار المحبة للطباعة والنشر

06. موسوعة الإعجاز العلمي في الحديث النبوي الشريف، عبد الرحيم مار ديني، الطبعة الأولى، ، دار المحبة للطباعة والنشر

07. A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam, I.A Ibrahim, 2nd Edition, 1997, al-Attique Publishers Inc

08. Majalah Mingguan : TIME , March 11, 2002 / vol. 159 no. 10

09. مجلة شهرية : الفتوى ، العدد 138 ، شعبان 1425 هـ / تشرين الأول 2004م ، دار الأنبار للطباعة و النشر

10. Majalah Bulanan : Dewan Kosmik , Disember 2003 , Media Network Sdn Bhd, Dewan Bahasa dan Pustaka

11. المعجم المفهرس لألفاظ القرآن الكريم، محمد فؤاد عبد الباقي، الطبعة 2000م ، دار الفكر

12. Majalah Pelajar Jordan : al-Haq, Bil. 9, Musim Bunga 1995

13. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 27 Nov 2002, Edisi Ke-10, Utusan Melayu Berhad

14. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 27 April 2005, Edisi Ke-38, Utusan Melayu Berhad

15. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 30 Mac 2005, Edisi Ke-37, Utusan Melayu Berhad

16. Majalah : Sinar Rohani, tahun 7, Bil 11, Disember 2004, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

17. Majalah : Cahaya, Ogos 2004, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

18. Majalah : Massa, 2-8 Mac 2002, Tahun 7, Utusan Melayu ( Malaysia ) Berhad

19. Majalah Mingguan : TIME , March 18, 2002 , Time Warner Publishing, Amsterdem

20. Bukti Kewujudan Allah Secara Saintifik, Harun Yahya,terjemahan Mohd Nazri Zainuddin dll, al-Azhar Media

21. مجلةشهرية : الفرقان، الجمعية المحافظة على القرآن الكريم الأردن، السنة السابعة، العدد 53، حزيران 2006

22. مجلة شهرية : أيات ، العدد التاسع ، أيلول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

23. مجلة شهرية : أيات ، العدد الثامن ، آب 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

24. مجلة شهرية : أيات ، العدد الخامس ،نيسان 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

25. مجلة شهرية : أيات ، العددالحادي عشر،كانون أول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

26. مجلة شهرية : أيات ، العدد العاشر ، تشرين أول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

27. مجلة شهرية : أيات ، العدد الثاني عشر ، تموز 2005م، المبدعون للتصميم الإعلاني

28. مجلة شهرية : أيات ، العدد السادس ، أيار 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

29. مجلة شهرية : أيات ، العدد السابع ،تموز 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

30. مجلة شهرية : أيات ، العدد الرابع ، أذار 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

31. . مجلة شهرية : أيات ، العدد الأول ،تشرين أول 2003م، المبدعون للتصميم الإعلاني

32. . مجلة شهرية : أيات ، العدد الثاني ،كانون أول 2003م، المبدعون للتصميم الإعلاني

33. . مجلة شهرية : أيات ، العددالثالث ،شباط 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني

34. مجلةشهرية : الفرقان، الجمعية المحافظة على القرآن الكريم الأردن، السنة السابعة، العدد 52، أيار 2006

Satu Respons to “Anatomi dalam Islam”

  1. postingan yang menarik…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.