Arkib bagi Bulan Julai 2010
Struktur dan fungsi kulit
Posted by zainura66 di 20 Julai 2010
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Perbezaan di antara Arteri, Vena dan Kapilari Darah
Posted by zainura66 di 20 Julai 2010
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Struktur Jantung dan Peredaran darah dalam jantung
Posted by zainura66 di 20 Julai 2010
Peredaran darah dalam jantung
- Darah terdeoksigen dari semua bahagian badan mengalir balik ke atrium kanan jantung melalui vena kava.
- Apabila atrium kanan mengecut, darah dipamkan ke dalam ventrikel kanan. Injap trikuspid tertutup untuk menghalang darah daripada mengalir balik ke atrium kanan.
- Ventrikel kanan kemudiannya mengecut dan darah terdeoksigen didesak keluar melalui arteri pulmonari ke paru paru. Injap sabit di pangkal arteri pulmonari tertutup untuk menghalang pengaliran balik darah ke dalam ventrikal kanan.
- Darah beroksigen dari peparu dibawa balik ke atrium kiri melalui vena pulmonari.
- Apabila atrium kiri mengecut, darah mengalir masuk ke ventrikel kiri. Injap bikuspid tertutup menghalang pengaliran balik darah ke atrium kiri.
- Darah beroksigen didesak keluar melalui aorta ke semua bahagian badan kecuali peparu apabila ventrikel kiri mengecut.
- Injap sabit di pangkal aorta akan tertutup untuk menghalang pengaliran balik darah dalam aorta ke dalam ventrikel kiri.
- Perentak ialah sekumpulan gentian kardium halus di dalam dinding atrium kanan yang menjanakan impuls untuk memulakan pengecutan jantung.
- Perentak menerima dua saraf dari otak, iaitu saraf simpatetik yang meningkatkan kadar denyutan jantung dan saraf parasimpatetik yang menurunkan kadar denyutan jantung.
- Denyutan jantung terdiri daripada fasa sistol dan fasa diastol. Sistol merujuk kepada pengecutan otot jantung manakala diastol merujuk kepada pengenduran otot jantung.
- Setiap denyutan jantung diiringi oleh bunyi “lub-dup”. Bunyi “lub” disebabkan oleh penutupan injap bikuspid dan trikuspid, manakala bunyi “dup” disebabkan oleh penutupan injap-injap sabit.
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Sistem Peredaran darah
Posted by zainura66 di 20 Julai 2010
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Mekanisme pembekuan darah :
Posted by zainura66 di 20 Julai 2010
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Perbezaan utama antara 3 jenis sel darah manusia
Posted by zainura66 di 20 Julai 2010
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Juzuk-juzuk yang terkandung dalam darah
Posted by zainura66 di 20 Julai 2010
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Anatomi dalam Islam
Posted by zainura66 di 20 Julai 2010
01. Definisi Anatomi :
1- kajian @ pengetahuan mengenai binaan tubuh dsb hidupan ( manusia,binatang @ tumbuh-tumbuhan ), kaji bina tubuh ( Kamus Dewan, Edisi Keempat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 52 )
2- ilmu yang mengkaji berkenaan sesuatu komponen anggota tubuh ( al-Mu’jam al-Wasit, Cetakan Kedua, tahun 1972, al-Maktabah al-Islamiyyah, halaman 478 – rujuk التشريح )
3- ilmu berkenaan struktur haiwan @ tumbuhan ( Pocket Oxford Dictionary – comp. version, key word : anatomy )
4- ilmu yang mengajar berkenaan komponen anggota tubuh makhluk-makhluk hidup secara am ( samada tumbuhan, haiwan dan manusia ); dan kebiasaannya dengan membedah tubuh manusia selepas kematiannya (autopsi ). Autopsi ini dilaksanakan sama ada untuk pendidikan, atau untuk mengetahui perkara yang menyebabkan kematian, atau untuk memastikan kematian disebabkan jenayah atau tidak. ( rujuk halaman 199 , al-Mausu’ah at-Tibbiyyah al-Fiqhiyyah )
Kesimpulan Umum : Anatomi adalah segala yang berkaitan dengan tubuh atau organ tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuhan samada dengan mengetahui lokasi organ dalam badan dan hubungannya dengan organ penting yang lain ( seperti saraf dan salur darah ). Ilmu yang sangat penting dalam pembedahan. Ilmu ini adalah lebih umum dari fisiologi yang hanya membincangkan organ tertentu sahaja.
* Ilmu-ilmu berkaitan dengan Anatomi :
Anatomi adalah satu cabang ilmu yang luas. Ilmu ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan ilmu Fisiologi, Autopsi. Malah ia juga merupakan satu ilmu yang wajib dikuasai oleh doktor bedah.
02. Perkaitan Anatomi & Islam ( Kenapa Anda Perlu Tahu Ilmu Ini ?! ):
1 – Merupakan salah satu ilmu. Umat Islam dituntut menuntut ilmu untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah.
2 – Hukum Anatomi :- Ilmu ini tidak dibincangkan ulamak Islam yang terdahulu tambahan pula perbuatan seumpama ini ( autopsi ) yang dianggap berdosa berdasarkan hadith Nabi Muhammad – صلى الله عليه و سلم – yang berbunyi : كسر عظم الميت ككسره حيا ( hadith Hasan , rujuk al-Jami’ as-Soghir juzuk 4 ). Namun terdapat beberapa bentuk perbuatan yang mirip autopsi dibenarkan seperti mengeluarkan bayi dari perut ibu yang mati, atau mengeluarkan harta milik orang lain dalam perut si mati dan seumpamanya. Berdasarkan kepada ini, maka ulamak kontemporari bermula dengan Syeikh al-Azhar al-‘Allamah Ahmad bin Abdul Mun’im ( wafat 1192 H ) telah membenarkan autopsi ini demi maslahah yang lebih besar. Antara pihak yang turut membenarkannya adalah keputusan al-Lajnah ad-Daimah lil Buhuth ‘Ilmiyyah wal Ifta’ di Arab Saudi pada 1976 M , seterusnya Fatwa Hai’ah Kibar ‘Ulama’ kali ke-9 di Arab Saudi pada 1396 H , dan Fatwa Majma’ Fiqhi di bawah ar-Rabitoh al-‘Alam al-Islami kali ke-10 pada 1408 H. Menurut Majma’ Fiqhi ini ia dibenarkan dengan syarat diyakini bahawa si mati benar-benar mati, ada dhorurah yang memerlukan ia dilakukan, persetujuan si mati sebelum mati atau pihak yang berkenaan dengan si mati ( namun jika autopsi untuk kes jenayah, boleh dijalankan walaupun tanpa kebenaran ), tidak dibolehkan bermain-main dengan mayat, dan mayat perlu dikumpulkan dan dikebumikan mengikut adabnya selepas selesai digunakan.
3 – Ilmu ini amat penting bagi doktor. Menurut az-Zahrawi dalam kitabnya at-Tasrif bahawasanya doktor yang bertanggungjawab dalam melakukan pembedahan perlulah menguasai ilmu anatomi sehingga dia mampu memahami manfaat setiap anggota, bentuknya dan kaitan antara satu sama lain. Malah bagi mereka yang tidak menguasai ilmu ini pasti tidak akan lepas dari kesilapan yang boleh membunuh nyawa pesakit yang dibedah. Selain itu, bagi pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen atau izin kepada pengamal perubatan seperti berbekam untuk menguasai ilmu ini supaya tidak menyebabkan pendarahan yang kronik akibat kesilapan dalam mengenal pasti kawasan dan anggota yang sepatutnya dielakkan ketika berbekam ( rujuk halaman 417 , al-Mausu’ah at-Tibbiyyah al-Fiqhiyyah ) & rujuk ayat 14 surah Fathir, ayat 59 surah al-Furqan
4 – Anatomi merupakan antara aplikasi dan tanda kebesaran Allah. Merupakan salah satu sudut I’jaz ‘Ilmi. Namun ini bukan menunjukkan bahawa kita hanya beriman setelah mengetahui fakta-fakta ini. Mukjizat al-Qur’an dan Hadith Baginda yang ditunjukkan melalui kajian ilmu anatomi merupakan bukti kebenaran agama Islam dan sesuai dijadikan hujah dan elemen dakwah terhadap golongan Kuffar khususnya di kalangan ahli ilmu .Rujuk ayat 18 surah Ali ‘Imran. ( Rujuk juga VCD al-‘I’jaz al-‘Ilmi : Syahadat ‘Ulama al-Ghorb oleh Syeikh Abdul Majid az-Zindani terbitan Makkah lil Barmajiyyat – Meccasoft ) . Bagi orang-orang yang beriman sewajarnya kita merenungi Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 111-115
5 – Dalil-dalil dari al-Qur’an jelas memerintahkan kita untuk memperhatikan kejadian diri manusia, haiwan dan tumbuhan. Ini jelas dinyatakan dalam ayat-ayat berikut :-
Surah al-Ghashiyyah , ayat 17
Surah al-Mulk , ayat 19
Surah at-Toriq , ayat 5- 7
Surah az-Zariat , ayat 21
Surah al-An’am, ayat 99
Surah ‘Abasa, ayat 24-32
Surah al-Baqarah, ayat 259
03. Sejarah Anatomi Islam :
1- Secara asasnya bagi Muslim , boleh dikatakan sejarah ilmu ini bermula sebaik sahaja al-Qur’an mula diturunkan kepada Nabi Muhammad – صلى الله عليه و سلم – namun hajat masyarakat ketika itu tidak menzahirkan lagi ilmu ini
2 – Terdapat beberapa ulamak Islam yang menulis secara khusus berkenaan anatomi antaranya Mansur b Muhammad b Ahmad b Yusuf b Ilyas yang menghasilkan sebuah karya yang dikenali sebagai ‘Mansur’s Anatomy’. Karya beliau menerangkan tentang 5 sistem tubuh; tulang,saraf,otot,saluran darah dan nadi. Setiap sistem disertakan dengan gambarajah. Selainnya, Abdul Latif al-Baghdadi ( wafat 629 H ) yang menulis tentang rahang dan tulang belakang. Hunain b Ishaq yang terkenal dengan kitab al-Masail fi at-Tibb juga antara ulamak Islam yang banyak menulis tentang anatomi di dalam kitabnya yang bertajuk Kitab al-Manazir. Beliau juga menulis 10 artikel panjang berkenaan anatomi yang dianggap sebagai penulisan anatomi Arab yang paling bersistematik.
3 – Pakar bedah Islam juga merupakan orang terawal yang menggunakan ubat pelali dalam pembedahan. Selain itu al-Majusi ( wafat 994 H ) dianggap sebagai ahli teori pertama dalam bidang anatomi dan fisiologi. Beliau juga orang pertama yang menggunakan sejenis bahan yang dipanggil (tourniquet ) untuk menghentikan pendarahan dalaman. Tidak ketinggalan Abu al-Qasim Kholaf bin al-Abbas yang dikenali sebagai al-Zahrawi ( meninggal 1013 H ) yang menulis ensiklopedia bertajuk at-Tasrif Li Man ‘Ajiza ‘an at-Ta’lif yang merangkumi obstetrik ( ilmu perubatan dan pembedahan bersalin ) , pediatrik ( ilmu kaji penyakit kanak-kanak ), perbidanan dan anatomi.
4 – Juga Ibn an-Nafis ( wafat 687 H ) yang mengkaji berkenaan peredaran darah dalam tubuh dan perincian berkenaan proses pembedahan malahan beliau juga bertanggungjawab dalam menetapkan kadar dan unit piawaian yang seragam bagi berat dan sukatan yang digunakan dalam pembedahan dan di farmasi. Beliau juga bertanggungjawab menjelaskan anatomi sebenar bagi paru-paru dan individu pertama yang mengetahui proses aliran darah ke jantung. Namun kajiannya tidak diketahui dan difahami ramai ketika itu sehinggalah 300 tahun kemudian apabila karyanya diterjemah ke bahasa Latin oleh Andrea Alpago pada 1547. Para saintis dan doktor ketika itu mengiktiraf dan mengakui kebenaran fakta yang dinyatakan beliau.
5 – Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa kajian anatomi telah mula dijalankan oleh saintis Greek sejak kurun 2 yang bernama Galen. Ini dibuktikan dengan lakaran struktur mata dan rahang. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa masyarakat Mesir di zaman Fir’aun adalah perintis kepada anatomi berdasarkan kepada mumia yang ditinggalkan.
Ringkasan Tokoh-tokoh Islam Yang Terkemuka dalam bidang Anatomi :
- Ibnu Sina : Abu ‘Ali al-Hasan bin Abdullah bin Sina ( meninggal 428 H ). Ahli falsafah dan doktor. Dilahirkan berhampiran dengan Bukhara. Belajar ilmu agama dan akal, dan menguasai bidang perubatan, falak, matematik dan falsafah sebelum berusia 20 tahun. Penulisannya menjangkau 200 buah dan yang paling terkenal adalah kitab al-Qanun fi at-Tibb yang ditulis dalam 5 juzuk yang merupakan manual asas para doktor sehingga 1650 M. Beliau perintis yang menggunakan ubat pelali bagi pesakit sebelum dibedah, dan beliau juga mendefinisikan beberapa jenis sakit dan tanda-tanda penyakit yang kronik ketika itu.
04. Beberapa Aspek dan Contoh Anatomi Islam :
Surah al-An’am ayat 95
Surah an-Nahl ayat 68-69
Surah an-Naml ayat 18
Surah al-An’am ayat 38
Surah an-Nur ayat 45
Surah Fathir ayat 27-28
Surah al-Baqarah ayat 22
Surah Yasiin ayat 36
Surah al-Hijr ayat 22
Surah al-Ahzab ayat 4
07. Rujukan & Panduan :
01. Laman Web ( Islamic_Medicine )
02. Tafsir Quran Karim, Prof Dr H Mahmud Yunus & Abd Wahab Saleh, cetakan 1, 1990, Klang Book Centre
03. الموسوعة الطبية الفقهية ، الدكتور أحمد محمد كنعان، الطبعة الأولى ، 2000 م ، دار النفائس
04. Majalah Bulanan : National Geographic , July 2006 , National Geographic Society, Washington
05. موسوعة الإعجاز العلمي في القرآن الكريم ، عبد الرحيم مار ديني، الطبعة الأولى، 2004-2005م، دار المحبة للطباعة والنشر
06. موسوعة الإعجاز العلمي في الحديث النبوي الشريف، عبد الرحيم مار ديني، الطبعة الأولى، ، دار المحبة للطباعة والنشر
07. A Brief Illustrated Guide to Understanding Islam, I.A Ibrahim, 2nd Edition, 1997, al-Attique Publishers Inc
08. Majalah Mingguan : TIME , March 11, 2002 / vol. 159 no. 10
09. مجلة شهرية : الفتوى ، العدد 138 ، شعبان 1425 هـ / تشرين الأول 2004م ، دار الأنبار للطباعة و النشر
10. Majalah Bulanan : Dewan Kosmik , Disember 2003 , Media Network Sdn Bhd, Dewan Bahasa dan Pustaka
11. المعجم المفهرس لألفاظ القرآن الكريم، محمد فؤاد عبد الباقي، الطبعة 2000م ، دار الفكر
12. Majalah Pelajar Jordan : al-Haq, Bil. 9, Musim Bunga 1995
13. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 27 Nov 2002, Edisi Ke-10, Utusan Melayu Berhad
14. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 27 April 2005, Edisi Ke-38, Utusan Melayu Berhad
15. Majalah Sisipan Utusan Malaysia : estidotmy, 30 Mac 2005, Edisi Ke-37, Utusan Melayu Berhad
16. Majalah : Sinar Rohani, tahun 7, Bil 11, Disember 2004, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17. Majalah : Cahaya, Ogos 2004, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
18. Majalah : Massa, 2-8 Mac 2002, Tahun 7, Utusan Melayu ( Malaysia ) Berhad
19. Majalah Mingguan : TIME , March 18, 2002 , Time Warner Publishing, Amsterdem
20. Bukti Kewujudan Allah Secara Saintifik, Harun Yahya,terjemahan Mohd Nazri Zainuddin dll, al-Azhar Media
21. مجلةشهرية : الفرقان، الجمعية المحافظة على القرآن الكريم الأردن، السنة السابعة، العدد 53، حزيران 2006
22. مجلة شهرية : أيات ، العدد التاسع ، أيلول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
23. مجلة شهرية : أيات ، العدد الثامن ، آب 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
24. مجلة شهرية : أيات ، العدد الخامس ،نيسان 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
25. مجلة شهرية : أيات ، العددالحادي عشر،كانون أول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
26. مجلة شهرية : أيات ، العدد العاشر ، تشرين أول 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
27. مجلة شهرية : أيات ، العدد الثاني عشر ، تموز 2005م، المبدعون للتصميم الإعلاني
28. مجلة شهرية : أيات ، العدد السادس ، أيار 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
29. مجلة شهرية : أيات ، العدد السابع ،تموز 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
30. مجلة شهرية : أيات ، العدد الرابع ، أذار 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
31. . مجلة شهرية : أيات ، العدد الأول ،تشرين أول 2003م، المبدعون للتصميم الإعلاني
32. . مجلة شهرية : أيات ، العدد الثاني ،كانون أول 2003م، المبدعون للتصميم الإعلاني
33. . مجلة شهرية : أيات ، العددالثالث ،شباط 2004م، المبدعون للتصميم الإعلاني
34. مجلةشهرية : الفرقان، الجمعية المحافظة على القرآن الكريم الأردن، السنة السابعة، العدد 52، أيار 2006
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

















